5 STRATEGI POWER JUAL RUMAH DENGAN PANTAS
Anda nak jual rumah anda dengan pantas. Mungkin ada faktor2 yang mendesak anda untuk jual rumah dengan kadar segera. Banyak kes yang saya biasa jumpa antaranya kena posting kerja,bercerai, nak beli rumah lain, nak langsaikan hutang dan lain2. Anda pun iklankan, dengan harapan cepat jual, tapi akhirnya sepi, tiada call atau whatpss dari customer. Sini saya kongsikan 5 faktor utama supaya anda dapat jual rumah dgn pantas.
1)???????????????????? ????????????????????????????
Ini faktor utama. Semak harga pasaran terlebih dulu dgn penilai hartanah. Bukan dgn bank tp dengan penilai hartanah ya. Jangan dengar cakap2 jiran , kena ada bukti dan rekod yg bertulis ya. Document yg diperlukan untuk menilai property anda ialah geran rumah, alamat dan gambar rumah. Kalau letak harga lebih dari harga pasaran ini akan membeban kan pembeli contoh nya market value RM 300,000 tapi anda nak jual RM 350,000. Bank akan bagi loan RM 300,000 sahaja jadi lagi RM 50,000 pembeli kena keluar duit poket sendiri. Ini belum kira kos guaman lagi. Jarang pembeli sanggup utk keluarkan duit sebanyak itu. Hartanah yg dijual dia atas harga pasaran comfirm susah nak laku
2)???????????????????? ????????????????????????
Selepas dah tahu harga pasaran rumah, anda perlu tetapkan harga jualan yg sesuai. Harga jualan ini berdasarkan demand atau permintaan. Kena lihat harga pesaing kita. Contoh nya jika anda nak terjual. Boleh lihat di mudah.my contoh nya. Disitu kita boleh lihat demand dan supply. Kalau ramai pesaing nak jual rumah dia area anda, terpaksalah anda berlawan harga. Tak boleh demand harga tinggi.
3)???????????????????????????????????? ????????????????????
rumah perlu berada keadaan yg baik, supaya semasa customer datang viewing rumah anda, customer berasa selasa dan tenang. Bayangkan kita sebagai bakal pembeli, masa tengok rumah ada bekas leaking di syiling, terus takut nak beli. Dalam kepala bakal pembeli mesti banyak lagi kerosakan rumah ini. Jadi pastikan rumah kemas, bersih, paip dan lain2 berfungsi sepenuhnya. Kalau cat dah luntur boleh cat kan bagi naik seri rumah balik.
4)???????????????? ???????????????????????? ???????? ????????????????????????????
Bila anda iklankan rumah, pastikan gambar yg anda upload cantik. Jika gambar yg anda gunakan suram dan gelap, ini gagal menarik perhatian bakal pembeli. Kadang2 saya tengok ada gambar anak bini dalam iklan, kereta motor dalam iklan, ni semua menggangu dan nampak sempit rumah. Kena betul2 ambik gambar ya. Rumah tak boleh berselerak, pasang lampu dulu dan ambik dari sudut yg sesuai. Lihat iklan agent hartanah berdaftar, biasanya gambar yg meraka upload cantik dan nampak luas. Ada yg siap buat video dan edit bagi nampak menarik.
5)???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????????????? ????????????????????????????????????
Nak senang dan cepat, lantik agent hartanah berdaftar yg berpengalaman. Agent yg bagus biasanya ada senarai bakal pembeli. Biasanya meraka akan susun data bakal pembeli mengikut kelayakan dan kawasan. Jadi anda tak perlu pening kepala nak layan kerenah pembeli. Serahkan saja kepada agent anda. Ada kes yg pembeli saja2 kondem rumah anda sebab nak harga yg murah dan tak masuk akak. Jangan stress agent ada cara nak atasi seribu satu masalah ini. Profesional fees utk agent ialah 3.18 % dari harga jualan. Agent ada network yg luas, hubugan yg baik dgn banker dan lawyer, pengiklanan yg menyeluruh di semua medium.
Akhirnya semua bergantung atas rezeki anda jugak. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda menyiapkan diri sebelum menjual rumah anda. Terima kasih
“???????????????? ???????????????? ???????????????????????????????? ????????????????????, ???????????????????????????? & ????????????????????????”
NAK SAYA BANTU DENGAN SEGERA UNTUK JUAL RUMAH ANDA
JANGAN BUANG MASA SILA HUBUNGI SAYA
Zulaiha
0109437091
https://pakarperundinghartanah.wasap.my/
Perunding Hartanah Berdaftar
AFZ REALTY