Jaq Aku Nak Bayar Lebih Pinjaman Rumah Aku.

"Jaq aku nak bayar lebih pinjaman rumah aku. Bagus ke tak kalau buat macam tu?"

Pertama kena tahu kenapa nak bayar lebih? Nak jimatkan 'interest' atau nak selesaikan pinjaman lebih awal?

Ada orang dia bayar lebih tapi tak dapat jimat apa-apa. Dia cuma pendekkan tempoh pinjaman dia je.

Kalau untuk bank boleh, untuk LPPSA (loan kerajaan) pun boleh tapi untuk LPPSA ada cara dan syarat-syaratnya.

Caranya kalau nak bayar lebih dan nak jimat 'interest'.Ni untuk LPPSA. Untuk bank lebih kurang sama dan lebih mudah.

Kita kena bayar extra jumlah bersamaan 6 bulan ansuran bulanan pinjaman kita.

Contoh ansuran bulanan RM1000. Kita kena bayar sekurangnya RM6000 sekaligus. Tak boleh bayar sikit-sikit. Mesti 6 bulan ansuran.

Baru laa prinsipal pinjaman kita akan berkurang dan dapat penjimatan.

Kalau kurang dari 6 bulan? Prinsipal kita tak berkurang. Jadi tak ada beza pun kalau bayar lebih.

Berapa boleh jimat kalau bayar lebih? Ambil contoh pinjaman yang sama. Korang rujuk je gambar kat bawah tu.

Jimat lebih RM100, 000 dan habis bayar dalam masa 18 tahun sahaja.

"Kalau bayar extra tu sekali je boleh? Saya ada RM10K duit I-Sinar isteri saya."

Boleh tapi jimat sikit jela. Kalau nak jimat banyak buat lah setiap 2-3 tahun sekali. Hutang pun cepat selesai.

Mana nak cari 6 bulan punya ansuran? Buat simpanan paksa atau melabur tempat yang boleh beri pulangan untuk bantu kita bayar. Lagi best kalau penyewa yang bayarkan.

Semua terpulang pada kita, berbaloi ke tak bayar extra. Untuk mereka yang tak nak hutang lama-lama boleh guna cara mudah ni. ????

P/S : Pinjaman RM226K dan bayaran extra RM6k di atas tu hanya contoh sahaja. Sesuaikan dengan ansuran bulanan rumah kita darab 6.

Disclaimer : semua pengiraan dan penulisan adalah pendapat peribadi dari penulis dan tidak melibatkan LPPSA atau mana2 pihak dan kos sebenar mungkin berubah.

Kredit
Razzaaq Ajaq

NAK KHIDMAT NASIHAT JUAL BELI RUMAH BOLEH ROGER SAYA DENGAN TEKAN LINK DIBAWAH

Zulaiha
https://pakarperundinghartanah.wasap.my/
Perunding Hartanah Berdaftar
AFZ Realty Sdn Bhd