Selamat Pagi Uolssssss!!!!!!

Selamat pagi uolssssss!!!!!!
Orang kata pagi-pagi ni ilmu senang masuk, otak tengah cergaskan. Jom tambah sikit ilmu, free jek nak kongsi ni ????????????????

Apakah benda pertama yang bank akan check dekat orang yang nak buat pinjaman?

???? Jawapannya ialah DSR.

Korang tahu tak apa itu DSR?

Jom saya bagitahu untuk sesiapa yang tak tahu lah saya pun baru tahu ???????????? sama-samalah kita ambil tahu.

DSR (Debt Service Ratio) atau dalam bahasa Malaysianya Nisbah Khidmat Hutang adalah formula untuk mengira adakah seseorang itu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.

Agak-agak bila korang sudah ready nak beli rumah mesti nak apply loankan???? Betul tak???? Siapalah yang ada cash nak beli rumah segedebukkan???

Bank akan guna formula ratio ni untuk kira sejauh mana korang mampu bayar balik hutang setiap bulan.

Senang cerita lagi rendah nilai DSR tu, lagi bagus! Range antara 30-40% adalah DSR yang bagus. Ratio hendaklah tidak melebihi 60%. Tetapi ada jek bank yang terima DSR sampai tahap 70%, kiranya kena pandai cari bank yang mana sesuai dengan kelayakan kewangan kita.

Contoh pengiraan DSR

Gaji = RM 5000
Gaji bersih selepas tolak epf/socso/tax = 4300
Semua Komitmen
Kereta= RM 500
Credit card= RM 400
PTPTN = RM 100

Untuk dapatkan DSR 60%

60%/100% × RM 4300
= RM 2580

So,

RM 2580- RM 1000(semua total komitmen)
= RM 1580

RM 1580 adalah anggaran bayaran bulan pinjaman yang bakal di ambil dan tidak boleh melebihi nilai tersebut dan nilai DSR adalah 60%.

Harap sedikit maklumat tentang DSR dapat membantu korang yang nak beli rumah. Segala pertanyaan lagi boleh pm/wasap saya, saya boleh terangkan secara detail sampai korang betul-betul faham.

Bukan senang nak jadi perunding hartanah ni sebab dia jugak peguam/banker/pekerja pejabat tanah ???????????? semua benda kena ambil tahu.

JOM SAYA BANTU ANDA SEMAK KELAYAKAN LOAN RUMAH SECARA PERCUMA

Zulaiha
https://pakarperundinghartanah.wasap.my/
Perunding Hartanah Berdaftar
AFZ Realty Sdn Bhd