???????????? ????????????????????????????????/???????????????????????????????????? ????????????????????????????????
Ini merupakan kos di mana ramai yang terlepas pandang atau tidak mahu mengambil tahu semasa pembelian sesuatu rumah. Antara kos pegangan yang terlibat adalah:-
????????????????????
Cukai Pintu dan cukai tanah merupakan 2 cukai yang mesti ditanggung oleh pemilik tanah. Cukai pintu dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majilis Daerah, Perbandaran, Dewan Bandaraya dsb manakala cukai tanah pula dibayar kepada Pejabat Tanah. Kos ini adalah berbeza mengikut jenis rumah dan kawasan. Oleh itu ambil tahu apabila sebelum membeli rumah.
????????????????????????????????
Ini merupakan antara kos yang jarang diambil tahu oleh bakal pembeli. Insurans yang biasa terlibat iaitu Insurans Kebakaran yang mana biasanya terus diuruskan oleh bank pembiaya dan amaun tersebut didebitkan terus ke akaun anda setiap tahun.
???????????????????? ????????????????????????????????????????/????????????????????????????????????????????????????????????
Ini merupakan kos wajib jika anda membeli rumah yang memerlukan anda membayar kos pengurusan/penyelenggaraan setiap bulan seperti hartanah strata (flat/apartment/kondo) atau jenis ‘landed’ yang mempunyai yuran ini seperti untuk tujuan bayaran sekuriti. Tanya berapa kos bulanan jika anda merancang untuk membeli rumah seperti ini. Mungkin anda merasakan tidak banyak pada awalnya tetapi kos sebanyak RM200/sebulan mungkin akan menjadi beban kepada anda kemudian nanti apabila anda mula tinggal dan tidak mengambilkira kos ini.
???????????? ????????????????????????????????????/????????????????????????????????????
Ini adalah subjektif dan bergantung kepada rumah yang anda beli. Secara amnya rumah memerlukan pembaikan selepas suatu tempoh dan semakin meningkat apabila ia semakin lama. Oleh itu sila ambil berat perkara ini jika anda membeli rumah ‘second-hand’ dan agak berusia. Tanya soalan atau lihat sendiri tanda-tanda seperti adakah berlaku kebocoran, keretakan atau mungkin memerlukan pendawaian elektrik baru jika rumah yang terlalu lama. Jika anda menyewakan rumah tersebut, kebarangkalian untuk kos baikpulih meningkat adalah lebih tinggi.
Semoga dapat menjadi panduan dan memberikan anda tips sebelum membeli rumah.

Kredit : Tip Hartanah

**********
NAK SEMAK KELAYAKAN LOAN RUMAH SECARA PERCUMA boleh hubungi saya

Zulaiha
0109437091
https://pakarperundinghartanah.wasap.my/
Perunding Hartanah Berdaftar
AFZ Realty Sdn Bhd

#PerundingHartanahKuantan
#TeamAFZKuantan
#TrustedAgenHartanah
#NinjaAFZKuantan
#JualBeliRumahPantas
#AFZREALTY
#pejuanghartanah