"Apa?? Cukai gomen nak jual umah saya 60k?"
"Berapa cukai kerajaan yg saya perlu bayar waktu saya nak jual rumah? Dengarnya sejak 2019 semua penjual tak akan terlepas daripada cukai ini? Dan saya ada dengar info cukai ni akan dikecualikan pada tahun depan 2021?"
Beberapa situasi ketika nak jual umah:
1) Saya baru dpt kunci, plan nak buat flipsale.
2) Umah ni parent bg, x nak duduk so nak jual.
3) Dah beli 4-5yrs, nak upgrade yg besar sikit.
4) Saja nak jual 2-3 umah, nak cairkan aset
5) Saya beli umah lelong murah, nak jual tinggi
So berapa saya akan dikenakan cukai?
Secara ringkasnya cukai RPGT/CKHT ini akan ditentukan berdasarkan berapa lama rumah tersebut telah dimiliki, dan berapa banyak keuntungan yg anda buat daripada jualan tersebut.
Keuntungan yang dimaksudkan adalah beza [harga jual anda skrg] dengan [harga belian anda dulu]. Dan cukai ini akan dikenakan mengikut % sepertimana jadual ini. Ada yg dikenakan 5%, 15% mahupun sehingga 30% Sebelum itu, beberapa kos seperti kos renovation dan seumpanya boleh di tolak terlebih dahulu sebelum dapat final figure untung bersih tersebut. Boleh semak dengan rakan REN anda untuk perkara ini.
Sebelum 2019, cukai ini tidak wujud langsung bagi rumah2 berusia 5thn ke atas yg ingin dijual, malangnya ia telah diwajibkan sepenuhnya mulai tahun 2019 dengan minimum sebanyak 5% cukai keuntungan kepada semua penjual.
Walaubagaimanapun, setiap penjual boleh mendapatkan pengecualian sehingga 3 buah rumah pada tahun 2021, bersempena dengan program PENJANA yang diperkenalkan oleh kerajaan baru2 ini. Selain dari PENJANA 2021, penjual juga boleh mendapatkan pengecualian ini sekali seumur hidup, tertakhluk kpd pindaan kerajaan dari semasa ke semasa. Bolehla berhubung dengn mana2 ejen jugak untuk mendapatkan maklumat pengecualian ini dengan lebih terperinci.
Dan untuk pengecualian ini, pastikan juga anda berurusan dengan pihak lawyer yg dicadangkan oleh pihak ejen bagi memastikan anda berjaya memperolehi pengecualian ini tanpa cacat cela. Kerana ia tidak terkecuali secara automatik melainkan jika ia diuruskan dengan sempurna dari peringkat awal lagi.
Sebagai rujukan pengiraan, contohnya untuk rumah lelong yg dibeli pada harga 200k dan dijual semula pada harga 400k dala 3thn, cukai yg anda perlu bayar adalah sebanyak 60k.
Jadi kepada kengkawan yang ingin maklumat lanjut, bolehla berhubung dengan saya atau mana2 ejen yg arif berkenaan cukai ini. Dan sekiranya anda juga ada bercadang untuk jual rumah anda secara teratur dan efektif, anda juga boleh hubungi saya untuk saya explain proses2 jualan dengan lebih jelas.
........................................
Anda ingin jual/beli Hartanah?
Anda ingik semak kelayakan pinjaman perumahan samaada kayak atau tidak?
Anda boleh hubungi saya ????????????
Nur Zulaiha
https://pakarperundinghartanah.wasap.my/
Perunding Hartanah Berdaftar
AFZ Realty Sdn Bhd
#PerundingHartanahKuantan
#TeamAFZKuantan
#TrustedAgenHartanah
#NinjaAFZKuantan
#JualBeliRumahPantas
#AFZREALTY
#pejuanghartanah