Nak Loan Rumah Senang Lulus? Ambil Tahu Juga Mengenai NDI!
Lepas bank lihat peratus DSR kita, pihak bank juga akan lihat NDI kita.
NDI adalah singkatan kepada Net Disposable Income. NDI adalah lebihan wang kita setelah ditolak semua komitmen hutang.
.
???? Cara pengiraan NDI adalah seperti ini:
NDI = Gaji bersih - Semua Komitmen Hutang - Komitmen Hutang Baru
Katakan gaji bersih kita adalah RM3,000. Hutang yang kita ada pulak seperti berikut:
???? Hutang kereta : RM400
???? Hutang PTPTN : RM150
???? Hutang Kad Kredit : RM150
???? Hutang ASB : RM400
???? Total hutang : RM1,100.
Katakan juga bank tetapkan DSR kita 60% sahaja, jadi komitmen hutang baru untuk beli rumah maksimum hanya RM700.
So, berdasarkan formula di atas,
NDI = RM3,000 - RM1,100 - RM700 = RM1,200.
Jadi disini, RM1,200 ini adalah NDI kita.
NDI ni kiranya adalah kos sara hidup kita. Setiap bulan kita mesti kena ada duit untuk makan, beli barang keperluan dan jugak bayar bil-bil utiliti setelah tolak komitmen hutang dengan bank kan?
Jadi, adalah penting untuk bank lihat baki NDI kita mencukupi atau tidak untuk kita sara hidup setiap bulan.
NDI ni berbeza-beza mengikut bank dan juga kawasan sama ada di bandar atau luar bandar. Contoh kalau kita tingal di Perak, NDI RM1,000 sudah mencukupi.
Jika kita tinggal di Kuala Lumpur, NDI perlu RM1,500. Berdasarkan kiraan di atas, loan perumahan kita akan lebih cerah untuk lulus jika kita tinggal di Perak.
Sekiranya kita tinggal di Kuala Lumpur, mungkin kita perlu beli rumah dengan harga yang lebih rendah supaya komitmen bulanan juga lebih rendah.
Atau cepat-cepat habiskan komitmen hutang yang lain terlebih dahulu terutama hutang-hutang jahat seperti hutang kad kredit.
Jadi, semua jelas tak kenapa NDI ni penting?
Nota : Pengiraan NDI ini hanya sebagai rujukan asas sahaja ye. At least, bila dah tau cara kira DSR dan NDI, kita boleh kira sendiri kelayakan kita untuk buat loan rumah
.......................…………
Nak beli rumah pertama?
Nak tahu anda layak untuk memiliki rumah ataupun tidak?
Nak mencari rumah untuk pelaburan?
Nak mencari penyewa?
Anda rasa berminat?
Sila hubungi saya
Nur Zulaiha
https://pakarperundinghartanah.wasap.my/
Perunding Hartanah Berdaftar
AFZ Realty Sdn Bhd
#PerundingHartanahKuantan
#TeamAFZKuantan
#TrustedAgenHartanah
#NinjaAFZKuantan
#JualBeliRumahPantas
#AFZREALTY
#pejuanghartanah