”tazkirah Hartanah”

”Tazkirah Hartanah”????????

Assalamualaikum/Salam Sejahtera????

Bila ditanya akan keperluan membeli rumah, tiada siapa dapat menafikan kepentingannya. Namun begitu, sebenarnya apakah sebab kenapa perlu beli rumah yang sebenar?

Semua orang sedia maklum bahawa rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi. Oleh itu, memiliki rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh dan berlindung.

Ya, memang betul anda masih boleh berteduh di rumah sewa, tetapi tahukah anda, di rumah sendiri anda lebih bebas untuk menyusun atur perabot, menghias dan mengecat dinding mengikut kreativiti anda?

Bilamana anda mempunyai sebuah rumah, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset. Hal ini kerana, hartanah dikira sebagai aset dan bukan lialibiliti. Rumah juga mampu dijadikan cagaran kepada pihak bank bagi urusan perundangan dan perbankan.

Harta Untuk Diwarisi:
Apabila anda telah tua kelak, memiliki rumah merupakan satu bonus kepada anda untuk diwariskan kepada waris anda. Boleh jadi rumah tersebut menjadi tempat tinggal anak – anak anda mahupun dijual untuk mendapatkan tunai.

Harga Rumah Semakin Meningkat:
Satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi ialah harga rumah semakin meningkat hari demi hari dan jarang sekali harga rumah jatuh lebih – lebih lagi rumah jenis subsale.
Makanya, jika anda membuat keputusan untuk membeli rumah pada 10 tahun akan datang, anda terpaksa membeli harga rumah 10 tahun akan datang dimana harganya berkemungkinan tersangat mahal.

Polisi Bank:
Sungguhpun anda mempunyai aliran tunai bulanan yang cantik dan mempunyai simpanan yang banyak, itu tidak berguna sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
Hal ini kerana, bank melihat anda berisiko untuk menjadi peminjam lebih – lebih lagi pinjaman perumahan dengan komitmen yang lama. Jadi, belilah rumah seawal mungkin.

Pelaburan Jangka Panjang:
Andai kata anda ingin melakukan pelaburan, anda sebenarnya mulakan dengan memasuki industri pelaburan hartanah dengan membeli rumah jenis subsale di kawasan strategik.

Jadi,pilihan di tangan anda, jika anda masih ‘selesa’ untuk menyewa dan terus mengkayakan penyewa rumah anda, silakan. Namun begitu, jika anda rasakan inilah satu ‘wake up call’ agar anda membeli rumah seawal mungkin jom cari rumah sekarang

Nak Beli Rumah?
Nak Jual Rumah?
Nak Beli Tanah?
Nak Jual Tanah?
TAPI tak tahu prosedur? Jom saya bantu anda sehingga dapat KUNCI ????

Hubungi:

Nur Zulaiha

https://pakarperundinghartanah.wasap.my/

AFZ Realty Sdn Bhd

#PerundingHartanahKuantan
#TeamAFZKuantan
#TrustedAgenHartanah
#NinjaAFZKuantan
#JualBeliRumahPantas
#AFZREALTY
#pejuanghartanah