Tip Hartanah...

Tip hartanah...

Kalau saya punya gaji adalah RM11,000 dan hanya ada komitmen kereta RM1,000 sebulan, saya pun takkan beli rumah harga RM800,000 tu. Mahal sangat. Tak sanggup.

Katakan bank A bagi maksimum DSR adalah 70% untuk orang bergaji RM11,000. Jadi, RM11,000 x 70% = RM7,700. Tolak dengan komitmen kereta, baki jadi RM6,700.

Kalau ikut kiraan congakan genius, dengan RM6,700 tu saya layak untuk beli rumah harga RM6,700 x 200 = RM1,340,000. Boleh terus guna saja formula 200.

Daripada saya beli rumah RM800,000 tu, lebih baiklah saya beli 4 buah rumah harga RM300,000. Atau pun beli saja 5 buah rumah berharga RM250,000.

Bagi saya, asalkan tak berlaku penipuan kelayakan, tiada istilah ambil hak orang lain. Sebab pasaran hartanah ni terbuka. Kalau Ali tak nak beli, Abu akan beli.

Daripada kita mengharap orang lain tak beli, lebih baik kita berusaha sehabis baik untuk beli. Normal kalau ada yang tak setuju dengan saya. Ini sekadar pandangan peribadi.

Ada juga kawan-kawan kita bergaji RM3,000 jijik nak beli rumah RM200,000. Apa lagi, geng kapitalis hartanah pun sebatlah buat aset, takkan nak tengok saja. - HF

Kredit to : harithfaisal

NAK SAYA BANTU JUAL RUMAH ANDA DENGAN PANTAS?

Nur Zulaiha

https://pakarperundinghartanah.wasap.my/

AFZ Realty Sdn Bhd

#PerundingHartanahKuantan
#TeamAFZKuantan
#TrustedAgenHartanah
#NinjaAFZKuantan
#JualBeliRumahPantas
#AFZREALTY
#pejuanghartanah