Anda Nak Beli Rumah?

ANDA NAK BELI RUMAH?

Bagi senang beli rumah, lakukan ini dulu ;

1. Pinjaman Pertama sebaiknya loan rumah. Jangan cipta loan kereta dulu, nanti loan tak lulus kita rasa bebulu.

2. Jika dah ada loan PTPTN dulu, pastikan bayaran mengikut jadual bukan mengikut hawa nafsu.

3. Jika tiada gaji dan berniaga sendiri, pastikan bukak akaun company. Jangan belanja sesuka hati. Jangan lupa juga bayar cukai, baru bank rasa kita bukan peniaga cikai.

4. Jika dah plan nak beli rumah dalam masa terdekat, jangan rancang buat loan ASB dulu. Tak semua bank rasa ASB loan itu beri manfaat. Jika bijak buat loan dengan bank yang sama selepas setahun nanti.

5. Rumah Pertama rumah Pelaburan, bukan rumah idaman Malaya. Pastikan ianya stategik untuk masa depan kita dan gadis yang kita puja.

6. Mulakan dengan rumah kecil dan sederhana. Tak perlu rumah macam drama. Dapat pangsapuri pun apa salahnya. Jika hanya layak Rumah Mampu Milik, beli sahaja.

Zulaiha
Perunding Hartanah by Landsworth Properties Sdn Bhd

https://pakarperundinghartanah.wasap.my/

******
KARNIVAL JUALAN RUMAH SUBSALE 2020

Sumber : Azizul Azli Ahmad

#rumahdikuantan #tanahuntukdijual #perundinghartanah
#TeamLandsworth
#jualbelirumahkuantan
#trustedagent
#jualbelihartanah